MALAYSIA
COVID-19: 23 lagi kematian direkod, 4 di luar hospital
Ketika ini, terdapat seramai 3,303 orang yang ditempatkan di PKRC di seluruh negara. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 23 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 31,392 orang, daripada 2.73 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, empat daripada 23 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 42,357 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 35,247 individu atau 83.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 3,303 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 3,505 kes dirawat di hospital dan 302 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 133 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 169 lagi memerlukan mesin ventilator.