NATIONAL

COVID-19: 230 kes baharu di Lembah Klang, ini tumpuan kenyataan media KKM

Madiha Abdullah 01/11/2020 | 10:25 MYT
Dr Noor Hisham berkata, 67.3 peratus daripada kes itu melibatkan jangkitan dari Sabah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kes kumulatif jangkitan COVID-19 di Malaysia kini mencecah 32,505 apabila 957 kes baharu dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, 67.3 peratus daripada kes itu melibatkan jangkitan dari Sabah.
Berikut adalah lima perkara penting dalam kenyataan media Dr Noor Hisham hari ini.
1. Kes sembuh hari ini melebihi kes positif, iaitu 972 kes.
2. Sabah mencatat 644 kes baharu hari ini.
3. Lembah Klang mencatat 230 kes baharu, iaitu 225 kes di Selangor, empat di Kuala Lumpur dan satu di Putrajaya.
4. Dua kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Usaha (Selangor) dan Kluster Tembaga (Pulau Pinang).
5. Tiada pertambahan kes kematian direkodkan.
#COVID-19 #kes positif #Kementerian Kesihatan #Dr Noor Hisham Abdullah #Ketua Pengarah Kesihatan #Kluster Usaha #Kluster Tembaga #Lembah Klang #Selangor #pulau pinang