COVID-19: 2,364 kes positif baharu, 10 kematian

Fareez Azman
Februari 27, 2021 10:32 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 2,364 kes baharu dikesan pada Jumaat menjadikan jumlah kes positif 298,315 kes di negara ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 2,364 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif 298,315 kes.
Perkara itu dimaklumkan KKM menerusi laman twitter pada Sabtu. Sebanyak 3,320 kes sembuh dicatatkan dengan jumlah kumulatif kes sembuh 270,166 kes.
Manakala sebanyak 10 kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah kematian 1,121 kes.
190 kes pula kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 99 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Negeri Selangor mencatatkan kes tertinggi sebanyak 862 kes, diikuti Johor 314 kes, Perak 305 kes dan Sarawak 255 kes.
Manakala Sabah 157 kes, Pulau Pinang 155 kes, Kuala Lumpur 117 kes diikuti Negeri Sembilan 74 kes.
Negeri Melaka, Pahang, Putrajaya, Terengganu dan Kedah pula masing-masing mencatatkan kurang daripada 70 kes.

Status Terkini #COVID19, 27 Februari 2021 Kes sembuh=3,320 Jumlah kes sembuh=270,166 kes Kes baharu positif=2,364 kes (2,363 tempatan, 1 import) Jumlah positif=298,315 Kes kematian=10 Jumlah kes kematian=1,121 kes Kes dirawat di ICU=190 kes Bantuan Alat Pernafasan=99 pic.twitter.com/RYiT8E8DBq

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) February 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Kuala Lumpur #ICU #KKM #Kedah #Pahang #Putrajaya #Negeri Sembilan #Kementerian Kesihatan #Malaysia #unit rawatan rapi #kes positif #jumlah kematian #laporan #COVID-19 #vaksin #Kes #baharu #Sembuh #kematian #Kumulatif