MALAYSIA
COVID-19: 25 lagi kematian baharu, keseluruhan 31,290
Seramai 3,871 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 25 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 31,290 orang, daripada 2.72 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 5 daripada 25 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 46,877 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 39,117 individu atau 83.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 3,871 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 3,550 kes dirawat di hospital dan 339 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 159 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 180 lagi memerlukan mesin ventilator.