MALAYSIA
COVID-19: 25 lagi kematian direkod, empat BID
Kes ICU membabitkan 106 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 163 lagi memerlukan mesin ventilator. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 25 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,487 orang, daripada 2.74 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, empat daripada 25 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 41,221 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 34,069 individu atau 82.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 3,368 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 3,515 kes dirawat di hospital dan 269 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 106 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 163 lagi memerlukan mesin ventilator.