COVID-19: 2,605 kes baharu, lima kematian dicatat

Astro Awani
Jun 29, 2022 23:40 MYT
Kes baharu meningkat ke 2,605 kes dengan tiga daripadanya merupakan kes import. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lima kematian akibat COVID-19 dicatatkan pada Rabu berbanding empat pada hari sebelumnya.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,763 kes.
Daripada lima kematian, satu melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead'(BID).
Sementara itu, kes baharu meningkat ke 2,605 kes dengan tiga daripadanya merupakan kes import.
Manakala kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 28,714.
27,465 individu atau 95.7 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 22 individu ditempatkan di PKRC.
Seramai 1,187 pesakit dirawat di hospital dengan 40 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
#COVID-19 #kes kematian #kes positif #COVIDNOW