COVID-19: 2,690 kes baharu, 10 kematian - Dr Noor Hisham

Astro Awani
April 25, 2021 09:13 MYT
Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,853 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 367,753 kes. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,690 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 392,942 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 1,853 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 367,753 kes.
Manakala, keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 23,753.
Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan 10 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,436.
Katanya lagi, seramai 283 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 121 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan," kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan media harian pada Ahad.

COVID-19: 25 April 2021 J kes sembuh: 1,853 J kumulatif: 367,753 (93.6%) J kes baru:2,690 J kumulatif:392,942 J kes aktif: 23,753 Kes tempatan: 2,680 (2,397WN, 283BWN) Kes import: 10 (8 BWN) J kematian:10 WN J kumulatif:1,436 (0.37%) J kes di ICU:283 Pesakit Intubated:121 pic.twitter.com/UbXd5BsCoh

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Vaksin COVID-19 | Seramai 498,504 individu lengkapkan dos kedua
Dalam pada itu jelasnya, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 751 kes (27.9 peratus).
Daripada jumlah itu, sebanyak 613 kes (81.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 595 kes (22.1 peratus) dan Kelantan sebanyak 424 kes (15.8 peratus).
Sebanyak 18 kes (0.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan lokap yang membabitkan Kluster Pagar Sri Lalang (15 kes) dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (3 kes).
Katanya lagi, terdapat lapan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tiga kluster tempat kerja, tiga kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), serta masing-masing satu kluster pusat tahanan dan kluster komuniti.
#Twitter #ICU #COVID-19 #kematian #Sembuh #KKM #Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #unit rawatan rapi #kes positif