COVID-19: 2,690 kes baharu, 19 lagi kematian

Eton Khir
Januari 3, 2022 11:38 MYT
Menurut Dr Noor Hisham, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,767,044 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 2,690 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit menurun berbanding semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,767,044 kes.
Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 19 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 31,532 kematian.
Jumlah itu juga termasuk 4 kes brought-in-dead (BID) atau kes kematian di luar hospital.

Pada 3 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,690 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,767,044 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW m dikemaskini sekaligus selepas tengah malam

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 3, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat ini, 265 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 147 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Manakala, jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 3,535 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,695,751.
Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 98.1 peratus atau 2,638 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.
Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 1.9 peratus atau bersamaan 52 kes.
Dalam pada itu, tiga kluster baharu turut dikesan dengan 206 kluster masih lagi aktif sementara 5,931 kluster telah diisytiharkan tamat.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Malaysia