MALAYSIA
COVID-19: 28 lagi kematian direkod, 4 BID
KKM melaporkan 28 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 28 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,746 orang, daripada 2.67 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, empat daripada 28 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilapor itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 60,878 kes aktif covid-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 49,644 individu atau 81.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 5,996 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 4,810 kes dirawat di hospital dan 428 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 191 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 237 lagi memerlukan mesin ventilator.