awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Lima Kluster Strategik perkukuh Reformasi Kesihatan MADANI - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 3 kanak-kanak bawah 5 tahun maut, 27 lagi masih di ICU

Firdaus Azil
Firdaus Azil
03/06/2021
11:44 MYT
COVID-19: 3 kanak-kanak bawah 5 tahun maut, 27 lagi masih di ICU
Sehingga Mei 2021, sebanyak 27 kes memerlukan rawatan di ICU dan 19 kes daripadanya adalah kanak-kanak berumur bawah 5 tahun. - Foto ihsan KKM
PUTRAJAYA: Sebanyak tiga kes kematian COVID-19 yang melibatkan kanak-kanak di bawah 5 tahun telah dilaporkan sepanjang tahun 2020, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
Bagaimanapun, tambahnya lagi, bilangan yang sama telah direkodkan dalam tempoh yang lebih singkat iaitu tiga kematian dalam lima bulan pertama bagi tahun 2021.
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, kes kanak-kanak yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menunjukkan peningkatan yang ketara.
“Pada tahun 2020, jumlah keseluruhan kes pediatrik yang menerima rawatan di ICU adalah sebanyak lapan (8) kes di mana enam (6) daripadanya berumur bawah 5 tahun.
“Manakala bagi tahun 2021 (sehingga Mei 2021), sebanyak 27 kes memerlukan rawatan di ICU dan 19 kes daripadanya adalah kanak-kanak berumur bawah 5 tahun,” katanya lagi.
Please protect our children and adolescent. Make sure they stay safe and stay at home. pic.twitter.com/hiToxebaqW
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 2, 2021
Dengan segala maklumat yang diberikan, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap agar semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga dapat memainkan peranan penting.
“Ia bagi melindungi mereka yang mempunyai imuniti yang rendah seperti bayi dan kanak-kanak agar terhindar dari virus COVID-19.
“Binalah persekitaran yang selamat bagi mereka dengan mematuhi sepenuhnya SOP sedia ada dan segeralah dapatkan vaksin bagi golongan dewasa yang layak,” katanya lagi.
COVID-19 | Kes melibatkan kanak-kanak meningkat
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kanak-kanak
#unit rawatan rapi
#COVID-19
#kanak-kanak maut
#SOP
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#vaksin
#Malaysia
#bayi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan