[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
NATIONAL

COVID-19: 30 kluster baharu, 18 dikesan di tempat kerja

Astro Awani 23/08/2021 | 11:57 MYT
Johor merekodkan kluster tempat kerja paling banyak iaitu 7 kluster diikuti Selangor, Kedah dan Kelantan masing-masing dua kluster. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 30 kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan majoritinya iaitu 18 kluster kategori tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 10 lagi kluster melibatkan ketegori komuniti sementara dua kluster berikutnya dalam kategori kumpulan berisiko tinggi.
Negeri Johor merekodkan kluster tempat kerja paling banyak iaitu sebanyak tujuh kluster diikuti Selangor, Kedah dan Kelantan masing-masing dua kluster dan satu kluster tempat kerja masing-masing di Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sarawak dan Terengganu.
Mengulas berkenaan kluster komuniti pula, Dr Noor Hisham menjelaskan, Kelantan merekodkan kluster kategori komuniti tertinggi iaitu enam kluster, diikuti Pahang (2) dan Perak serta Sarawak masing-masing (1).
Sementara dua kluster kumpulan berisiko tinggi masing-masing dikesan di Negeri Sembilan dan Perak.
Beliau turut memaklumkan, jumlah kluster yang masih aktif ketika ini adalah 1,439 kluster.
Kluster baharu COVID-19 yang dilaporkan pada 23 Ogos 2021.
#Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #kluster COVID-19 #Kluster tempat kerja