awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohamad Hasan gesa rakyat Malaysia di luar negara kerjasama rapat dengan kedutaan
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 306 sampel kes positif mungkin varian Omicron - Khairy

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
28/12/2021
08:47 MYT
COVID-19: 306 sampel kes positif mungkin varian Omicron - Khairy
Khairy memaklumkan bahawa kerajaan akan menarik semula sekatan perjalanan sementara ke atas lapan buah negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Sejumlah 306 sampel kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara yang memasuki negara ini berkemungkinan adalah varian Omicron.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata ia hasil ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) melibatkan pengembara dari 21 sehingga 25 Disember 2021.
"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 306 telah menunjukkan berkemungkinan (presumptive) varian Omicron dan kini menunggu keputusan ujian jujukan penuh (WGS)," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
306 kes kemungkinan Omicron dalam negara
Beliau pada masa sama memaklumkan bahawa kerajaan akan menarik semula sekatan perjalanan sementara ke atas lapan buah negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.
Jelasnya, kesemua lapan negara itu akan dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi, menjadikan jumlah negara yang berisiko tinggi kini adalah 18 buah.
Senarai Negara Berisiko Tinggi varian Omicron:
1. United Kingdom 2. Amerika Syarikat 3. Australia 4. Arab Saudi 5. Norway 6. Perancis 7. Denmark 8. India 9. Kanada 10. Nigeria 11. Afrika Selatan 12. Botswana 13. Eswatini 14. Lesotho 15. Mozambique 16. Namibia 17. Zimbabwe 18. Malawi
Topic Berkaitan
#Omicron
#Khairy Jamaluddin
#COVID-19
#Afrika Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan