KUALA LUMPUR:Sebanyak 3,391 kes baharu positif COVID-19 dikenalpasti setakat pukul 12 tengah hari 5 januari menjadikan jumlah kumulatif kes baharu positif sebanyak 234,874 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam satu kenyataan Dr Noor Hisham memaklumkan Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi COVID-19 iaitu sebanyak 1,228 kes (36.2 peratus).

"Daripada jumlah ini, sebanyak 816 kes (66.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

"Ini diikuti oleh Johor sebanyak 598 kes (17.6 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 395 kes (11.6 peratus)," katanya.

Beliau juga memaklumkan, daripada 3,391 kes positif baharu yang dilaporkan, 3,387 adalah kes tempatan manakala 4 kes import.

Manakala jumlah kes kematian pula adalah sebanyak 19 kes menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 845 kes.

"Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tujuh kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima kes di Sabah, masing-masing tiga kes di Selangor dan Sarawak, serta satu kes di Perak.

"Sebanyak 17 kes kematian melibatkan warganegara dan dua kes bukan warganegara," katanya lagi.

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat 15 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 12 kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti, dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Jumlah kes aktif COVID-19 adalah sebanyak 48,751 kes dengan 310 menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 134 menerima bantuan alat pernafasan.

Sebanyak 3,392 kes sembuh menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 185,278 kes.

Perincian 15 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini:

1. KLUSTER JALAN MOKHTAR

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor.

- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pasar raya di Jalan Raja Mokhtar, Kapar, Klang.

- Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 46 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN ENAM BELAS

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.

- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pasar raya di Seksyen 16, Subang Jaya, Petaling.

- Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 98 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER BANDAR TEKNOLOGI

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor.

- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan
bersasar sebuah kilang di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih, Hulu Langat.

- Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19
dalam kluster ini.

4. KLUSTER PERSIARAN JAYA

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor.

- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan
bersasar sebuah kilang di Persiaran Jaya, Hulu Langat.

- Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER JALAN LIMA

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang dan Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat perkhidmatan di Jalan KLIA S5, Kuala Lumpur International Airport, Sepang.

- Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 434 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN RUMBIA DUA

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.

- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Rumbia, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor Bahru.

- Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 183 individu telah disaring, di mana 133 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER SRI SENGKANG

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor.

- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Sri Sengkang, Kulai.

- Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 694 individu telah disaring, di mana 126 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER JALAN JUBILEE

- Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat jagaan di Jalan Jubilee, Cheras.

- Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 39 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER JALAN JUN HENG

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah daerah Bintulu di Sarawak.

- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-209385) telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.

- Kluster ini melibatkan pekerjapekerja dua (2) buah syarikat di Bintulu. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 102 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER TAPAK BINA JALAN VALDOR

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Perusahaan Valdor, Kawasan Perindustrian Valdor, Simpang Ampat,
Seberang Perai Selatan.

- Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 806 individu telah disaring, di mana 53 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER INDUSTRI TTJ

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban, Tampin, Port Dickson, dan Rembau di Negeri Sembilan.

- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-140481) telah dilaporkan positif COVID19 bermula pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.

- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar, Seremban.

- Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 416 individu telah disaring, di mana 61 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

12. KLUSTER SANTONG PAKA

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu, serta daerah Kuantan di Pahang.

- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-231453) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.

- Kluster ini melibatkan sebuah syarikat yang terletak di Jalan Santong, Paka, Dungun.

- Sehingga 5 Februari 2021, 19 sejumlah 127 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

13. KLUSTER TAMAN MURNI

- Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang.

- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-180270) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.

- Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Taman Murni, Kuantan.

- Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

14. KLUSTER HIKMAH MUADZAM

- Kluster komuniti ini melibatkan daerah Rompin di Pahang.

- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-183525) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.

- Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Muadzam Shah.

- Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

15. KLUSTER INDUSTRI BENTONG SEBELAS

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bentong di Pahang.

- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-203759) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.

- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Bentong. Sehingga 5 Februari 2021,
sejumlah 43 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


 
Sumber Facebook kementeriankesihatanmalaysia