[TERKINI] Polis Tahan Pengasas eHati dan Suami Susulan Dakwaan Program Motivasi Rumah Tangga Songsang – Ikuti Perkembangan Di Sini
MALAYSIA

COVID-19: 34 lagi kluster dikenal pasti, 22 daripadanya libatkan tempat kerja

Astro Awani 24/08/2021 | 12:09 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 34 lagi kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 34 lagi kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Kluster tertinggi melibatkan penularan di tempat kerja iaitu sebanyak 22 kluster.

Sembilan lagi kluster melibatkan komuniti, dua kluster kumpulan berisiko dan satu kluster pusat tahanan.

Kelantan dan Selangor melaporkan jumlah kluster tertinggi dengan masing-masing tujuh kluster.

BACA: COVID-19: Malaysia catat 20,837 kes baharu, Sabah melonjak 3,376 kes

Setakat ini, sebanyak 1,446 kluster masih aktif dan 3,060 lagi telah tamat.

Perincian 34 kluster baharu COVID-19 adalah seperti di bawah:








#COVID-19 #Kementerian Kesihatan #Malaysia #KKM #kluster