MALAYSIA
COVID-19: 38 lagi kematian baharu, keseluruhan 29,978

Terdapat 69,485 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 38 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,978, daripada 2,576,032 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 5 daripada 38 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 69,485 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 55,346 individu atau 79.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 8,004 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,606 kes dirawat di hospital dan 529 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 268 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 261 lagi memerlukan mesin ventilator.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami