awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 3,964 daripada 4,892 kes di Sabah pada Khamis adalah kes daftar lewat

Astro Awani
Astro Awani
24/02/2022
09:06 MYT
COVID-19: 3,964 daripada 4,892 kes di Sabah pada Khamis adalah kes daftar lewat
Masidi memberitahu, sejumlah 99.53 peratus atau 4,869 daripada 4,892 kes adalah dalam Kategori 1 & 2 manakala lima kes dalam Kategori 3, 13 kes dalam Kategori 4 selain lima kes dalam Kategori 5.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,964 kes atau 81.03 peratus daripada 4,892 kes positif yang direkodkan di Sabah hari ini merupakan kes daftar lewat, kata Datuk Seri Masidi Manjun.
Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19 memperincikan bagi kes daftar lewat antara enam atau 12 hari ialah sebanyak 1,413 (28.88 peratus); empat hingga lima hari sebanyak 748 (15.29 peratus) dan 1,803 kes (36.86 peratus) merupakan daftar lewat antara dua ke tiga hari.
"Kota Kinabalu mencatatkan kes baharu lebih dua kali ganda berbanding jumlah semalam dengan 1,947 kes baharu, peningkatan sebanyak 1,212 kes.
"Adalah diperhatikan bahawa kes-kes lewat daftar mempengaruhi peningkatan jumlah yang tinggi bagi daerah Kota Kinabalu.
"Sejumlah 1,214 daripada 1,947 kes di Kota Kinabalu merupakan kes daftar lewat yang berlaku enam hari atau lebih lama tetapi hanya dapat didaftarkan pada hari ini," katanya dalam kenyataa pada Khamis.
Masidi menambah, sejumlah 99.53 peratus atau 4,869 daripada 4,892 kes adalah dalam Kategori 1 & 2 manakala lima kes dalam Kategori 3, 13 kes dalam Kategori 4 selain lima kes dalam Kategori 5.
Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah memberitahu, sembilan daerah merekodkan kes tiga angka iaitu Tuaran 425 kes; Penampang (415); Papar (290); Tawau (208) Kota Belud (207) dan Beaufort 194 kes.
Selain itu, kata beliau, sejumlah 531 kes pada hari ini adalah melibatkan kanak-kanak bawah 11 tahun yang belum divaksin, dengan 241 kes adalah merupakan kanak2 yang belum layak mendapat vaksin (bawah 5 tahun)
"Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICkids) Sabah telah memberi vaksin kepada 34,713 daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun yang layak untuk divaksin," katanya.
Topic Berkaitan
#Kes daftar lewat Sabah
#Masidi Manjun
#Kes positif Sabah
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan