MALAYSIA
COVID-19: 40 lagi kematian direkod, 7 BID
KKM melaporkan 40 kematian baharu akibat jangkitan covid-19 setakat tengah malam tadi. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 40 kematian baharu akibat jangkitan covid-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,769, daripada 2,551,250 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tujuh daripada 40 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 65,316 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 50,765 individu atau 77.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 8,217 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,789 kes dirawat di hospital dan 545 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 281 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 264 lagi memerlukan mesin ventilator.