MALAYSIA

COVID-19: 45.9 peratus individu dewasa lengkap dua dos vaksin setakat Ahad

Astro Awani 16/08/2021 | 00:55 MYT
Berdasarkan data yang dikongsikan JKJAV, sejumlah 415,875 dos suntikan harian diberikan pada 15 Ogos 2021. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: SEBANYAK 45.9 peratus atau lebih 10.73 juta individu daripada populasi dewasa dalam negara sudah melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam.

Sementara 72.9 peratus atau lebih 17.07 juta individu daripada populasi dewasa dalam negara pula sudah menerima suntikan pertama.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), sejumlah 415,875 dos suntikan harian diberikan pada 15 Ogos 2021.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selangor terus mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 71,724.

Ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (42,165), Johor (34,759), Sabah (23,351), Pulau Pinang (14,400) dan Perak (13,674).

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara adalah lebih 27.81 juta.

Bagi jumlah populasi secara keseluruhan, 52.3 peratus (17.07 juta individu) sudah menerima satu dos suntikan dan 32.9 peratus (10.73 juta) sudah melengkapkan vaksinasi mereka.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.




#COVID-19 #vaksin #JKJAV #dos pertama #dos kedua