MALAYSIA
COVID-19: 47 lagi kematian baharu, keseluruhan 30,521
Terdapat 62,253 kes aktif COVID-19 di seluruh negara. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 47 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,521 orang, daripada 2.63 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 12 daripada 47 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 62,253 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 50,358 individu atau 80.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 6,346 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,038 kes dirawat di hospital dan 511 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 245 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 266 lagi memerlukan mesin ventilator.