awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 485 ditahan, 5 direman ingkar arahan PKPP

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
01/11/2020
09:06 MYT
COVID-19: 485 ditahan, 5 direman ingkar arahan PKPP
Seramai 480 individu telah dikompaun manakala lima individu pula direman. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Task Force Operasi Pematuhan menahan 485 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerkaan Pemulihan (PKPP).
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 480 individu telah dikompaun manakala lima individu pula direman.
"Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk tidak memakai pelitup muka (16); penjarakan fizikal (123); gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (79); aktiviti pusat hiburan (25); premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (13) dan lain-lain (83).
"Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPP yang ditetapkan," katanya dalam sidang media di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, seramai 41 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan serta merampas empat buah kenderaan darat menerusi Operasi Benteng (Op Benteng).
"Sebanyak 298 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara yang melibatkan 224 daripada PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (65 SJR) dan sebanyak sembilan SJR daripada Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM)," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai untuk hotline National Task Force di talian 011-6251 1223 untuk terus menyalurkan maklumat berkenaan PATI dan jenayah rentas sempadan.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#PDRM
#Angkatan Tentera Malaysia
#SOP
#Polis Diraja Malaysia
#PKPP
#COVID-19
#tentera
#keselamatan
#pati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan