awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 4,865 kes baharu, Malaysia rekod kematian tertinggi 47 kes

Astro Awani
Astro Awani
18/05/2021
12:06 MYT
COVID-19: 4,865 kes baharu, Malaysia rekod kematian tertinggi 47 kes
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Selangor merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,743 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,865 kes baharu positif COVID-19 direkodkan pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 479,421 kes.
Menerusi akaun Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah kematian juga terus meningkat kepada 47 kes menjadikan jumlah keseluruhan 1,994 kes.
Angka itu adalah jumlah kematian tertinggi baharu direkodkan di negara ini. Pada Isnin, Malaysia turut merekodkan angka kematian tertinggi iaitu sebanyak 45 kes.
"Terdapat 47 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 18 kes di Selangor, masing-masing lima kes di Sarawak dan Pulau Pinang, masing-masing empat kes di Johor, Kuala Lumpur, dan Kelantan, tiga kes di Perak, dua kes di Pahang, serta masing-masing satu kes di Kedah dan Negeri Sembilan," katanya dalam kenyataan harian kes COVID-19 pada Selasa.
Dr Noor Hisham juga memaklumkan Selangor kekal merekodkan jumlah tertinggi kes positif dengan 1,743 kes.
Ia diikuti Sarawak dengan 512 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (477), Johor (407) dan Kelantan (406).
Beliau juga memberitahu sebanyak 3,497 kes sembuh baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 432,600 kes.
Manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 44, 827 dengan 531 menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 277 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Berikut merupakan pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 1,743 (157,056)
Sabah - 95 (59,504)
Johor - 407 (51,217)
WP KL - 477 (50,582)
Sarawak - 512 (39,328)
P Pinang - 220 (24,157)
N Sembilan - 149 (21,024)
Kelantan - 406 (19,973)
Perak - 160 (17,144)
Kedah - 244 (13,325)
Melaka - 127 (8,878)
Pahang - 152 (6,814)
Terengganu - 156 (5,941)
WP Labuan - 6 (2,523)
WP Putrajaya - 9 (1,562)
Perlis - 2 (393)
Sehingga 18 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 4,865 kes (479,421 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 1,743 (157,056) Sabah - 95 (59,504) Johor - 407 (51,217) WP KL - 477 (50,582) Sarawak - 512 (39,328) P Pinang - 220 (24,157) N Sembilan - 149 (21,024)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 18, 2021
Kelantan - 406 (19,973) Perak - 160 (17,144) Kedah - 244 (13,325) Melaka - 127 (8,878) Pahang - 152 (6,814) Terengganu - 156 (5,941) WP Labuan - 6 (2,523) WP Putrajaya - 9 (1,562) Perlis - 2 (393)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 18, 2021
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#kes baharu
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#rekod kematian tertinggi
#Malaysia
#kes semakin melonjak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan