COVID-19: 5 kluster baharu dikenal pasti, 5 kluster tamat

Isabelle Leong
November 17, 2020 10:53 MYT
Dr Noor Hisham berkata KKM juga mengenal pasti lima lagi kluster baharu COVID-19 pada Selasa. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa sebanyak lima kluster diisytiharkan tamat pada Selasa, 17 November 2020.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan berkata kluster yang diisytiharkan tamat ialah Kluster Bangau-Bangau, Kluster Tasik, Kluster Olive, Kluster Buang Sayang dan Kluster Kau Sing.
Dalam perkembangan yang sama, Dr Noor Hisham berkata KKM juga mengenal pasti lima lagi kluster baharu COVID-19 pada Selasa.
Kluster baharu yang dikenal pasti ialah Kluster Avenue, Kluster Kejora, Kluster Kasah, Kluster Summer dan Kluster Mengketil.
Beliau berkata Kluster Avenue melibatkan daerah Penampang di Sabah manakala Kluster Kejora pila dilaporkan di daerah Kota Kinabalu di Sabah.
Selain itu, Kluster Kasah pula melibatkan daerah Kepong, Kuala Lumpur Dan Kluster Summer pula melibatkan daerah Timur Laut di Pulau Pinang.
Kluster Mengketil pula melibatkan daerah Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah di Kelantan serta daerah Besut di Terengganu.
Berikut perincian lanjut mengenai kelima-lima kluster baharu yang dikenal pasti pada Selasa (17 November 2020):
1. KLUSTER AVENUE
Kluster baharu ini melibatkan daerah Penampang di negeri Sabah.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-39819) merupakan seorang penyelia tapak pembinaan yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 8 November 2020.
Kes indeks telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah.
Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 109 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 246 individu telah disaring, di mana:
• 110 kes dikesan positif COVID-19 (106 kes baharu)
• 136 individu dikesan negatif
2. KLUSTER KEJORA
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, negeri Sabah.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-48798) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.
Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lapan (8) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 71 individu telah disaring, di mana:
• Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu)
• 62 individu dikesan negatif
3. KLUSTER KASAH
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kes-kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kumpulan berisiko tinggi iaitu pekerja-pekerja di sebuah syarikat keselamatan pada 17 November 2020.
Kesemua kes merupakan bukan warganegara dan mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana:
• 19 kes dikesan positif COVID-19 (19 kes baharu)
• 51 individu masih menunggu keputusan
4. KLUSTER SUMMER
Kluster baharu ini melibatkan daerah Timur Laut di Pulau Pinang.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-42775) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 November 2020.
Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19.
Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.
Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana:
• 11 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu)
• 38 individu dikesan negatif
• Empat (4) individu masih menunggu keputusan
5. KLUSTER MENGKETIL
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah di negeri Kelantan dan daerah Besut di negeri Terengganu.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-45094) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI), dan telah dikenal pasti positif COVID-19 pada 13 November 2020.
Kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 210 individu telah disaring, di mana:
• 24 kes dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu)
• 164 individu dikesan negatif
• 22 individu masih menunggu keputusan
#Kluster baharu #Dr Noor Hisham Abdullah #Kluster Avenue #Kluster Kejora #Kluster Kasih #Kluster Summer #Kluster Mengketil #kluster tamat #Kuala Lumpur #Sabah