COVID-19: 5,071 kes baharu dalam tempoh 24 jam

Hilmi Malik
November 2, 2021 07:07 MYT
Kadar kematian setakat semalam berdasarkan data COVIDNOW adalah sebanyak 63 kes termasuk kes BID kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Sejumlah 5,071 kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik itu melanda sebanyak 2,481,339 kes.
Selain itu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kadar kematian berdasarkan data COVIDNOW setakat semalam adalah sebanyak 63 kes dengan angka kumulatifnya sebanyak 28,975.

Sehingga 2 November 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,071 kes (2,481,339 kes).

Sehingga 1 November 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,626 kes (2,476,268 kes). Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat ini, Unit Rawatan Rapi (ICU) menempatkan seramai 557 kes dan daripada jumlah itu juga, 300 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Bagaimanapun, sebahagian besar kes yang dilaporkan hari ini masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu tidak mempunyai gejala dan hanya gejala ringan sebanyak 97.6 peratus.
Manakala selebihnya merupakan pesakit kategori 3,4, dan 5 iaitu sebanyak 121 kes atau bersamaan 2.4 peratus.
Sementara itu, angka kes sembuh hari ini bagaimanapun melebihi jumlah kes baharu iaitu sebanyak 5,372 kes dengan jumlah keseluruhan kes sembuh kini 2,385,432.
KKM hari ini turut melaporkan pertambahan sebanyak lima kluster baharu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif kepada 404 kluster.
#Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #KKM #kes positif