COVID-19: 5,162 kes jangkitan baharu dalam masa 24 jam

Raja Hisyam Raja Zaid
November 14, 2021 06:15 MYT
KKM rekod 5,162 lagi kes jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Negara mencatat 5,162 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Ahad, sedikit menurun berbanding semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan penambahan kes baharu itu, jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini mencapai 2,546,309 kes.

Pada 14 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,162 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,546,309 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/l8XZsd7OGF

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 55 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 29,631 individu.
Jumlah itu juga termasuk 11 kes 'brought in dead' (BID) atau kes kematian di luar hospital.
Sementara itu, unit rawatan rapi (ICU) setakat ini pula menempatkan seramai 524 pesakit dan daripada jumlah itu, 265 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 5,019 kes sekali gus menjadikan angka kumulatif sembuh ialah 2,451,216 .
Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu bagaimanapun hanya melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.0 peratus.
Manakala selebihnya, 2.0 peratus atau bersamaan 104 kes adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5.
#COVID-19 #jangkitan #Noor Hisham Abdullah #kesihatan