awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Perpaduan gerak visi Membina Negara Bangsa 2026 - Aaron
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 5,413 kes baharu dalam masa 24 jam, 53 kematian direkodkan

Eton Khir
Eton Khir
16/11/2021
06:18 MYT
COVID-19: 5,413 kes baharu dalam masa 24 jam, 53 kematian direkodkan
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,556,865 kes. - Bernama
KUALA LUMPUR : Malaysia mencatatkan 5,413 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menyaksikan peningkatan berbanding semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,556,865 kes.
Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 53 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 29,729 individu.
Jumlah itu juga termasuk 11 kes 'brought in dead' (BID) atau kes kematian di luar hospital.
Pada 16 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,413 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,556,865 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/Eb2raulBvm
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 16, 2021
Setakat ini 545 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 264 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Manakala, jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 6,013 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,461,780
Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 98.1 peratus atau 5,311 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.
Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 1.9 peratus atau bersamaan 102 kes.
Dalam pada itu, tujuh kluster baharu turut dikesan dengan 252 kluster masih lagi aktif sementara 5,598 kluster telah diisytiharkan tamat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kesihatan
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan