MALAYSIA
COVID-19: 55 lagi kematian baharu, keseluruhan 30,425
Proses mengesahkan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat COVID-19 atau tidak mengambil masa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 55 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,425 orang daripada 2,626,879 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, lapan daripada 55 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 65,153 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 52,954 individu atau 81.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 6,539 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,151 kes dirawat di hospital dan 509 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 257 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 252 lagi memerlukan mesin ventilator.