COVID-19: 5,812 kes baharu, 82 kematian

Hilmi Malik
Jun 25, 2021 06:13 MYT
Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi sebanyak 2,187 kes menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Malaysia mencatatkan sebanyak 5,812 kes baharu COVID-19 sepanjang 24 jam yang lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik itu melanda sebanyak 722,659.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,187 kes diikuti Kuala Lumpur (771) dan Sarawak (673).

Kelantan - 98 (34,184) Pulau Pinang - 270 (33,863)

Perak - 72 (25,541) Kedah - 186 (24,250) Melaka - 223 (17,022) Pahang - 139 (12,757) Terengganu - 46 (11,092) WP Labuan - 123 (7,630) WP Putrajaya - 14 (2,223) Perlis - 0 (580)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA SEMUA BERHUBUNG COVID-19 DI SINI
BACA SEMUA TENTANG VAKSIN DI MALAYSIA
Kes kematian baharu turut melaporkan pertambahan sebanyak 82 kes menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 4,803 kes.
Menurut Dr Noor Hisham, berdasarkan jumlah kes baharu, sebanyak 32 kes import yang dilaporkan menerima jangkitan dari luar negara.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 60,117 kes,” katanya pada kenyataan hariannya pada Jumaat.
Sementara itu, jumlah pesakit yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 870 kes dan daripada jumlah itu, 433 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala jumlah kes pulih kini direkodkan sebanyak 657,739 kes termasuk pertambahan kes sembuh baharu iaitu 6,775 kes.
#COVID-19 #KKM #koronavirus #kes kematian #kes baharu #Dr Noor Hisham Abdullah #pandemik #vaksin #jangkitan #ICU #Noor Hisham Abdullah #unit rawatan rapi #Malaysia