MALAYSIA
COVID-19: 63 kematian baharu direkod, 21 BID
Angka korban terbaharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 34,463 orang. -Gambar fail
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 63 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Angka korban terbaharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 34,463 orang, daripada 4.01 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 21 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, terdapat 263,821 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 255,133 individu atau 96.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 1,447 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 6,883 kes dirawat di hospital dan 358 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 159 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 199 lagi memerlukan mesin ventilator.