[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
MALAYSIA

COVID-19: 65 kematian baharu direkod, 15 BID

Astro Awani 24/03/2022 | 00:15 MYT
Sebanyak 6,051 kes dirawat di hospital dan 332 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 65 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Angka korban terbaharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 34,600 orang, daripada 4.02 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 15 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, terdapat 248,863 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 241,114 individu atau 96.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 1,366 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 6,051 kes dirawat di hospital dan 332 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 143 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 189 lagi memerlukan mesin ventilator.




#COVID-19 #kes kematian #COVIDNOW #bid