awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 6,968 kes baharu, 16 kematian

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2022
03:01 MYT
COVID-19: 6,968 kes baharu, 16 kematian
Nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.84. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 6,968 kes baharu COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 4.4 juta.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 6,937 kes (99.56%) adalah dalam kategori satu dan dua.
Manakala 31 kes (0.44%) lagi dalam kategori tiga, empat dan lima.
Sebanyak 97 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 63 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 8,267.
Semalam, empat kluster baharu direkodkan, dengan 106 kluster masih aktif.
Sebanyak 16 lagi kematian dilaporkan, dengan lapan kes meninggal dunia di luar hospital (BID).
Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.84, dengan Melaka mencatatkan bacaan tertinggi pada 0.89.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan