MALAYSIA
COVID-19: 70 kematian baharu, 19 BID
Seramai 3,039 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC). - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 70 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi..
Angka korban terbaharu semalam itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 33,567 orang, daripada 3.72 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 19 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, terdapat 314,420 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 302,242 individu atau 96.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 3,039 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 8,750 kes dirawat di hospital dan 389 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 160 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 229 lagi memerlukan mesin ventilator.