MALAYSIA

COVID-19: 700 kematian secara keseluruhan, ini tumpuan kenyataan media KKM

Hilmi Malik 26/01/2021 | 10:39 MYT
Secara keseluruhannya, kes kematian akibat COVID-19 kini telah mencecah sebanyak 700 kes menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Jumlah keseluruhan kes kematian akibat COVID-19 sepanjang setahun pandemik itu melanda negara kini telah mencecah 700 kes.

Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Selasa, 26 Januari 2021:

1) 3,585 kes baharu COVID-19, jumlah kes keseluruhan sebanyak 190,434 kes.

2) 11 kes kematian baharu dua hari berturut-turut, jumlah keselurhan kini 700 kes.

3) Kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 kini mencecah 40,574 kes

4) 280 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU,) sementara 111 kes memerlukan bantuan pernafasan.

5) KKM sahkan pertambahan 7 kluster baharu iaitu Kluster Jalan Cochrane (Kuala Lumpur); Kluster alan Platinum (Johor); Kluster Intan Delima (Negeri Sembilan); Kluster Jalan Padi Mahsuri (Johor); Kluster
Kampung Bukit Putera (Terengganu); Kluster Keladi Saga (Kedah); dan Kluster Tembok Bukit Besi (Terengganu).

BACA: COVID-19: 3,585 jangkitan baharu hari ini, 700 kematian dalam tempoh setahun
#Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #ICU #COVID-19 #kluster #pandemik