MALAYSIA
COVID-19: 71 kematian baharu direkod, 26 BID
Sebanyak 7,080 kes dirawat di hospital dan 371 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 71 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Angka korban terbaharu semalam itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 34,400 orang, daripada 3.96 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 26 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, terdapat 274,059 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 264,985 individu atau 96.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 1,623 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 7,080 kes dirawat di hospital dan 371 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 168 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 203 lagi memerlukan mesin ventilator.