COVID-19: 7,140 kes baharu, jumlah kes sembuh lebih tinggi

Astro Awani
April 19, 2022 03:15 MYT
Daripada jumlah itu, 6,876 kes adalah kes jangkitan tempatan, manakala 264 kes adalah kes import. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 7,140 kes baharu COVID-19 pada Isnin.
Daripada jumlah itu, 6,876 kes adalah kes jangkitan tempatan, manakala 264 kes adalah kes import.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak berkenaan meningkat kepada 4,396,165.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, sebanyak 308 kes dimasukkan ke hospital.
Sebanyak 137 kes (44.5 peratus) adalah kategori 1 dan 2, manakala 171 kes (55.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.
Sebanyak 110 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 68 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula jauh mengatasi kes baharu, iaitu 14,423 kes.
Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.88, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 0.91.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #kadar kebolehjangkitan #kes baharu