COVID-19: 7,420 kes baharu, 98.5 peratus kategori 1dan 2

Astro Awani
Oktober 15, 2021 07:15 MYT
Selepas merekodkan angka melebihi 8,000 kes semalam, jumlah kes positif di Malaysia pada hari ini berkurang sedikit dengan mencatatkan jumlah di bawah 8,000 kes. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Jumlah kes positif COVID-19 menurun sedikit kepada 7,420 dalam 24 jam yang lepas, menjadikan angka kumulatif setakat Jumaat mencecah 2,377,033 kes.
Dalam kenyataan hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula sebanyak 11,413, manakala kematian terbaharu sebanyak 88 kes.
Daripada jumlah kes baharu keseluruhan, hanya 108 kes (1.5 peratus) dalam kategori 3, 4, dan 5, manakala bakinya 7,312 (98.5 peratus) terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 700, dimana 635 disahkan COVID-19, manakala selebihnya suspected, probable, dan kes dalam siasatan.

Sehingga 15 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,420 kes (2,377,033 kes). Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kes yang memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 364, dengan 282 daripadanya disahkan COVID-19, manakala 82 lagi sebagai suspected, probable, dan kes dalam siasatan.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 13 lagi kluster baharu dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang masih aktif sebanyak 721.
Berdasarkan nilai R0 semasa sehingga Khamis, hanya dua negeri dan wilayah yang mencatatkan nilai melebih satu, iaitu Negeri Sembilan (1.04) dan Putrajaya (1.04).
Nilai R0 bagi seluruh negara pula ialah 0.88.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #kes positif #ICU