COVID-19: 7,748 kes baharu, N. Sembilan catat lebih 700 kes

Astro Awani
Jun 4, 2021 06:59 MYT
Jumlah kes baharu harian COVID-19 dalam negara menurun kepada 7,748 kes dalam tempoh 24 jam lalu berbanding 8,209 kes semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu harian COVID-19 dalam negara menurun kepada 7,748 kes dalam tempoh 24 jam lalu berbanding 8,209 kes pada Khamis.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan terbaharu di Twitternya hari ini berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 603,122 kes.
Selangor kekal menjadi negeri penyumbang kes harian tertinggi dengan 2,612 kes.
Ini diikuti Kuala Lumpur (851 kes), Negeri Sembilan (709 kes), Sarawak (706 kes) dan Johor (446 kes).
Sementara itu, 86 kes baharu kematian turut dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat virus itu dalam negara sebanyak 3,182 kes.
Seramai 883 orang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 459 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 84,369 kes.
Setakat ini, 6,624 orang telah sembuh, sekali gus menyaksikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 515,571 kes.

Sehingga 4 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,748 kes (603,122 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 2,612 (197,459) Sabah - 287 (63,306) WPKL - 851 (61,824) Johor - 446 (60,566) Sarawak - 706 (49,920) Pulau Pinang - 376 (30,112) pic.twitter.com/IE99KnxSlo

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kelantan - 286 (29,560) Negeri Sembilan - 709 (28,573) Perak - 371 (22,000) Kedah - 263 (20,064) Melaka - 234 (13,100) Pahang - 146 (10,285) Terengganu - 203 (9,523) WP Labuan - 230 (4,335) WP Putrajaya - 20 (1,964) Perlis - 8 (531) pic.twitter.com/KexgFypF76

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Status Terkini #COVID19, 4 Jun 2021 Kes sembuh= 6,624 Jumlah kes sembuh= 515,571 Kes baharu positif= 7,748 (7,746 tempatan, 2 import) Jumlah positif= 603,122 Kes kematian= 86 Jumlah kes kematian= 3,182 Kes dirawat di ICU= 883 Bantuan alat pernafasan= 459 pic.twitter.com/lObCu90118

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) June 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #Twitter #Kuala Lumpur #Negeri Sembilan #COVID-19 #kes positif