COVID-19: 8,334 kes sembuh, angka harian tertinggi setakat ini

Umavathi Ramayah
Jun 12, 2021 06:59 MYT
Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 1,582 kes diiikuti Negeri Sembilan (618), Sarawak (569 kes) dan Kuala Lumpur (559 kes). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kes sembuh daripada jangkitan COVID-19 yang direkodkan sebanyak 8,334 hari ini adalah yang tertinggi setakat ini, menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 572,113 atau 87.7 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini turut memaklumkan sebanyak 5,793 kes baharu direkodkan, menurun berbanding pada Jumaat yang mencatatkan 6,849 kes dalam tempoh 24 jam.
Angka terbaharu positif itu menjadikan jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia setakat ini sebanyak 652,204 kes.
Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 1,582 kes diikuti Negeri Sembilan (618), Sarawak (569) dan Kuala Lumpur (559).
Perlis terus kekal mencatatkan kes terendah dengan lima kes.

Pecahan kes baharu #COVID19, 12 Jun 2021. pic.twitter.com/OMvo63iibE

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) June 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan 76 individu meninggal dunia akibat COVID-19. Mereka yang meninggal dunia adalah berusia 31 hingga 101 tahun.
Dalam pada itu, 914 individu ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 459 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Status Terkini #COVID19, 12 Jun 2021 Kes sembuh= 8,334 Jumlah kes sembuh= 572,113 Kes baharu positif= 5,793 (6 import) Jumlah positif= 652,204 Kes kematian= 76 Jumlah kes kematian= 3,844 Kes dirawat di ICU= 914 Bantuan alat pernafasan= 459 pic.twitter.com/u2Oeq7AbQ0

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) June 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kes sembuh harian hari ini adalah tertinggi pernah dilaporkan. Terima kasih kepada petugas barisan hadapan termasuk sukarelawan yang membantu di lapangan.#COVID19 pic.twitter.com/nP1LcYNx0D

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) June 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #program vaksinasi #Kementerian Kesihatan #Noor Hisham Abdullah #ismail sabri yaakob #Khairy Jamaluddin