NATIONAL
COVID-19: 85 pesakit kritikal antara tumpuan kenyataan media KKM
Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 85 kes daripada jumlah jangkitan baharu hari ini merupakan pesakit bagi kategori 5 atau kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Trend kes baharu COVID-19 menunjukkan penurunan berbanding semalam dengan pertambahan sebanyak 19,740 kes baharu.
Berikut tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Isnin:
1. Sebanyak 85 kes atau bersamaan 0.4 peratus daripada 19,740 jangkitan baharu merupakan pesakit kategori 5 atau kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan.
2. Kadar kes kematian bertambah sebanyak 274 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 12,784 kes.
3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini menjadi sebanyak 249,277.
4. Sebanyak 1,047 pesakit sedang dirawat di ICU manaka 520 pesakit lagi memerlukan bantuan pernafasan.
5. Sebanyak 19 kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.