MALAYSIA

COVID-19: 8,574 kes baharu, menurun berbanding 9,105 semalam

Astro Awani 12/07/2021 | 07:49 MYT
Dr Noor Hisham memaklumkan, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah 844,870 kes. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 8,574 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lalu, menurun sedikit berbanding 9,105 pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah 844,870 kes.

Selangor masih menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi iaitu 4,308 diikuti Negeri Sembilan (794), Kuala Lumpur (609) dan Kedah (415).

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 91,272 kes dengan 964 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 452 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 102 kes kematian baharu, sekali gus menjadikan kumulatif kematian ketika ini adalah 6,260.

Jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 747,338 kes selepas 5,041 kes sembuh baharu dilaporkan hari ini.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


#Twitter #COVID-19 #jangkitan #kematian #ICU #vaksin #Noor Hisham Abdullah #penururunan kes #Malaysia