MALAYSIA

COVID-19: 87 kematian, ini 5 tumpuan kenyataan media Dr Noor Hisham

Umavathi Ramayah 06/06/2021 | 14:14 MYT
Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 18 daripada 30 kluster baharu yang dikesan adalah melibatkan kluster tempat kerja. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 daripada 30 kluster baharu yang dikesan adalah melibatkan kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu 10 kluster adalah daripada sektor perkilangan.

Berikut lima tumpuan kenyataan media Dr Noor Hisham:

1. Sebanyak 6,241 kes baharu direkodkan setakat pukul 12 tengah hari, Ahad.

2. Sebanyak 87 kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam.

3. Sebanyak 30 kluster baharu dikesan, dengan 18 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja, tertinggi setakat ini.

4. Selangor kekal merekodkan jumlah harian tertinggi dengan 2,178 kes positif, diikuti Sarawak 600 kes dan Johor 565 kes.

5. Seramai 890 pesakit ditempat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 444 memerlukan bantuan pernafasan
#Kluster baharu #kes positif #kematian #Dr Noor Hisham Abdullah #tumpuan utama