awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 88% populasi dewasa lengkap dua dos vaksin setakat 4 Okt

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2021
22:53 MYT
COVID-19: 88% populasi dewasa lengkap dua dos vaksin setakat 4 Okt
Setakat Isnin, 20.6 juta individu atau 88 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19. -Gambar fail
DUA peratus lagi sehingga kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus.
Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), jika 90 peratus kadar vaksinasi populasi dewasa dicapai, rentas negeri akan dibenarkan.
Setakat Isnin, 20.6 juta individu atau 88 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 94.4 peratus atau 22.09 juta daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi keseluruhan, seramai 20.71 juta individu atau 63.4 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Sejumlah 23.96 juta daripada populasi keseluruhan, atau 73.3 peratus, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Selain itu, seramai 114,124 atau 3.6 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Terdapat pertambahan 115,863 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah lebih 44.57 juta dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#PICK
#rentas negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan