[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
NATIONAL

COVID-19: 984 kes baharu, tujuh kematian dicatat

Astro Awani 21/12/2022 | 22:15 MYT
14,854 kes aktif direkodkan pada Rabu dan daripada jumlah itu, 13,975 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 pada Rabu terus kekal di bawah 1,000 kes untuk hari kelima berturut-turut.
Namun, jumlah kes meningkat sedikit kepada 984 kes berbanding 816 kes yang dilaporkan semalam.
Portal KKMNOW turut maklumkan tujuh kes kematian dicatatkan pada Rabu.
Satu kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, 14,854 kes aktif direkodkan pada Rabu dan daripada jumlah itu, 13,975 kes atau 94.1 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 842 pesakit mendapat rawatan di hospital.
37 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 22 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 1,534 kes sembuh.
#COVID-19 #kes baharu #kes kematian #KKMNOW