awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 99.87 peratus kes di Sarawak hari ini kategori satu dan dua

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
09/09/2021
09:53 MYT
COVID-19: 99.87 peratus kes di Sarawak hari ini kategori satu dan dua
Selain itu, Kuching kekal merekodkan kes positif harian tertinggi dengan 984 kes manakala sembilan daerah lain mencatatkan kes positif tiga angka. Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sarawak hari ini terus mendahului Selangor dengan mencatatkan 3,118 kes positif COVID-19 dengan 99.87 peratus melibatkan katgeori satu dan dua.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerusi kenyataan pada Khamis memaklumkan, hanya empat kes yang dilaporkan melibatkan kategori tiga, empat dan lima.
‘’2,435 atau 78.09 peratus merupakan kes kategori satu dan 679 kes atau 21.78 peratus melibatkan kategori dua.
‘’Manakala satu kes dilaporkan melibatkan kategori tiga, dua kes kategori empat dan satu kes kategori lima,’’ kata kenyataan tersebut.
BACA: 19,307 kes COVID19 hari ini, Sarawak masih tertinggi
Selain itu, Kuching kekal merekodkan kes positif harian tertinggi dengan 984 kes manakala sembilan daerah lain mencatatkan kes positif tiga angka.
Ia termasuk Sibu (430), Betong (200), Bau (143), Bintulu (140), Sri Aman (132), Samarahan (131), Serian (117), Miri (113) dan Song (112).
‘’Hari ini sembilan kematian dilaporkan di Sarawak melibatkan mereka yang berusia 66 tahun sehingga 87 tahun.
‘’Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di negeri itu meningkat kepada 602 kes,’’ tambah kenyataan itu.
Antara lain, 24 lokaliti dari tujuh daerah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 7 hingga 23 September.
Sementara empat lokaliti melibatkan tiga daerah dikenakan lanjutan PKPD sehingga 23 September.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sarawak
#kes terkini di Sarawak
#kategori kes di Sarawak
#jumlah kematian di Sarawak
#Kuching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan