awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Angka harian turun sedikit, 4,083 kes baharu direkod - Dr Noor Hisham

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/12/2021
08:24 MYT
COVID-19: Angka harian turun sedikit, 4,083 kes baharu direkod - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,715,847 kes setakat ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,083 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Sabtu, menunjukkan sedikit penurunan berbanding 4,362 kes pada Jumaat.
Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,715,847 kes setakat ini.
"Daripada angka terbaharu itu, 98.3 peratus kes adalah melibatkan kategori 1 dan 2 manakala 1.7 peratus atau 69 kes pula melibatkan kategori 3,4 dan 5," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham memaklumkan 391 pesakit termasuk 77 pesakit yang disyaki kemungkinan COVID-19 positif ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 215 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Tambah beliau, tiga lagi kluster baharu dikesan, menjadikan keseluruhan 252 kluster aktif direkodkan setakat ini.
Sementara itu, menurut data di laman sesawang COVIDNOW, 18 kematian dilaporkan setakat tengah malam Jumaat, menjadikan jumlah kematian terkini mencecah 31,044 kes.
Daripada angka kematian baharu, satu melibatkan kes kematian di luar hospital atau brought-in-death (BID). Sebanyak 6,275 kes BID dilaporkan sehingga Jumaat.
Pada 18 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,083 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,715,847 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 18, 2021
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#kes baharu
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan