COVID-19: Angka kembali meningkat, 19,991 kes baharu dilaporkan

Hilmi Malik
Ogos 10, 2021 07:58 MYT
Selangor merekodkan kes harian sebanyak 7,338 kes serta beberapa negeri lain yang melepas 1,000 kes kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Jumlah jangkitan baharu COVID-19 kembali menunjukkan peningkatan berbanding semalam apabila 19,991 kes direkodkan hari ini.
Angka tersebut sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara setakat ini ialah sebanyak 1,299,767.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih kekal penularan kes harian tertinggi dengan sebanyak 7,338 kes diikuti Kuala Lumpur (2,374 kes) dan Kedah (1,830 kes).
"Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 230,762 kes," katanya.
Sementara itu, pertambahan kes kematian baharu adalah sebanyak 201 kes dengan angka kumulatifnya kini 11,162 kes.
Sebanyak 1,096 kes sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Jumlah kes pulih terus merekodkan pertambahan sebanyak 16,258 dengan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini sebanyak 1,057,843 kes.

Sehingga 10 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,991 kes (1,299,767 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor -7,338 (478,093) WPKL - 2,374 (144,345) Johor - 1,344 (103,028) Sabah - 1,383 (96,465) Sarawak - 836 (82,753) Negeri Sembilan - 564 (80,556) pic.twitter.com/YTsfst0irQ

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #KKM #Dr Noor Hisham Abdullah #kes baharu #kes kematian #ICU #koronavirus