awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Bayi empat bulan antara 16 kes positif di Sarawak

Nazim Chee
Nazim Chee
08/01/2021
09:51 MYT
COVID-19: Bayi empat bulan antara 16 kes positif di Sarawak
Kuching kini bertukar status daripada kuning kepada jingga dengan 25 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.- Sumber foto sarawaktourism.com
KUALA LUMPUR:Sarawak hari ini mencatat 16 kes positif COVID-19 menjadikan kes kumulatif di negeri itu kini mencecah 1,196 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan medianya memaklumkan 10 daripada kes hari ini direkodkan di daerah Kuching.
Ini menjadikan Kuching kini bertukar status daripada kuning kepada jingga dengan 25 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.
Empat lagi kes dicatat di Miri sementara masing-masing satu kes di Samarahan dan Julau.
Kes termuda adalah kes 1,191 iaitu bayi berumur empat bulan yang pernah mengalami demam pada 31 Disember 2020.
Kes telah disaring kerana merupakan ahli keluarga dan kontak rapat kepada kes 1,179.
Sementara itu hari ini terdapat empat kluster masih aktif di Sarawak iaitu Kluster Keranji Tabuan di Kuching dengan penambahan 4 kes baharu menjadikan 10 kes keseluruhan.
Kluster Stutong juga di Kuching dengan satu kes baharu meningkatkan jumlah kes keseluruhan kepada 12 kes.
Kluster Bah Sayap, Miri pula bertambah tiga lagi kes hari ini kepada Sembilan kes sementara Kluster Mador, Maradong tidak merekodkan penambahan kes baharu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Miri
#Kuching
#kes positif
#bayi
#JPBNS
#Sarawak
#keluarga
#Pandemik COVID-19
#Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan