[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

COVID-19: Bazar Ramadan tidak sesuai masa kini - Sultan Johor

Hakim Rahman 02/04/2020 | 04:01 MYT
Titah Baginda, penganjuran Bazar Ramadan tidak sesuai memandangkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar di bazar Ramadan. - Gambar fail
Rakyat disaran untuk melupakan bazar Ramadan buat masa ini, ekoran perkembangan semasa wabak COVID-19, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Titah Baginda, penganjuran bazar Ramadan tidak sesuai memandangkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar di bazar Ramadan, sedangkan kes positif COVID-19 masih dilaporkan berlaku.
Sehubungan itu Baginda berpandangan, bazar Ramadan tidak sesuai diadakan bukan sahaja di Johor, malah tempat-tempat lain, demi kesihatan serta keselamatan rakyat.
Sultan Ibrahim turut meminta rakyat tidak memandang ringan dan akur nasihat pihak berkuasa.
Sebelum ini, Kedah dan Selangor telah memutuskan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan.
Kementerian Wilayah Persekutuan pula belum membuat keputusan dan akan mendengar taklimat pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu.
#Bazar Ramadan #coronavirus #COVID-19 #keselamatan #kesihatan #koronavirus #rakyat #Ramadan #Sultan Ibrahim #Sultan Johor