COVID-19: Doktor kini terpaksa buat pilihan sukar di ICU - Dr Noor Hisham

Nickyson Nyambar
Mei 29, 2021 15:19 MYT
Dr Noor Hisham turut mengesahkan dalam tempoh 1 Mei hingga 29 Mei 2021, sebanyak 1,144 kematian direkodkan. - Gambar fail/ Facebook @Noor Hisham Abdullah
KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mengesahkan negara kini sudah tiba pada tahap doktor terpaksa memberi keutamaan kepada pesakit COVID-19 yang mempunyai kadar kesembuhan tinggi di unit rawatan rapi (ICU) hospital berikutan kapasiti yang terhad.
"Apabila kes aktif COVID-19 melebihi kemampuan kami untuk merawat, maka para doktor terpaksa membuat pilihan sukar untuk utamakan katil ICU bagi pesakit yg berpotensi sembuh yang tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuh rendah (poor prognosis). Terkini inilah hakikat sebenar," katanya.
Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata demikian dalam ciapan di laman Twitternya malam ini, susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 dalam negara yang semakin tinggi sehingga memberi tekanan kepada kemampuan fasiliti kesihatan.
Katanya, keadaan itu membataskan kemampuan petugas barisan hadapan untuk melakukan rawatan, terutama membabitkan kapasiti katil di ICU.

Apabila kes aktif COVID-19 melebihi kemampuan kami untuk merawat, maka para doktor terpaksa membuat pilihan sukar utk utamakan katil ICU bagi pesakit yg berpotensi sembuh yg tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuh rendah (poor prognosis). Terkini inilah hakikat sebenar. pic.twitter.com/aydumbtFTs

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 29, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, beliau dalam ciapan berasingan turut memberitahu, dalam tempoh 1 Mei hingga 29 Mei 2021, sebanyak 1,144 kematian direkodkan menjadikan ia jumlah kematian bulanan tertinggi yang pernah dicatatkan berbanding tempoh sama tahun lalu.

98 kes kematian hari ini, membawa jumlah keseluruhan kes kematian COVID-19 ke angka 2650. 471 kematian berlaku pd tahun 2020 dan 2179 kematian pd 2021. Dlm tempoh 1-29 Mei 2021 sahaja, sebanyak 1144 kematian dilaporkan iaitu jumlah kes kematian bulanan yg tertinggi setakat ini. pic.twitter.com/w5nV8l7c30

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 29, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kes kematian harian akibat COVID-19 melonjak kepada 98 kes pada Sabtu, tertinggi sejak virus itu dikesan di negara ini tahun lalu.
Dr Noor Hisham dalam kemas kini data harian COVID-19 memaklumkan, kumulatif kes kematian di negara ini adalah 2,650 kes.
Pada masa sama, Malaysia sekali lagi merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi apabila 9,020 kes baharu direkodkan pada Sabtu.
BACA: COVID-19: 98 kematian dan 9,020 kes baharu, tertinggi pernah direkodkan
#Dr Noor Hisham Abdullah #ICU #doktor terpaksa buat pilihan #kadar kesembuhan tinggi #fasiliti kesihatan #tekanan #kritikal