awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Doktor Malaysia di UK syukur disenarai kumpulan pertama terima vaksin

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
20/12/2020
06:23 MYT
COVID-19: Doktor Malaysia di UK syukur disenarai kumpulan pertama terima vaksin
Dr Azhan berkata, suntikan itu penting memandangkan beliau merupakan petugas barisan hadapan yang berdepan risiko jangkitan COVID-19. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Seorang doktor perubatan di sebuah hospital di United Kingdom (UK) menzahirkan kesyukuran selepas disenarai antara kumpulan pertama menerima suntikan vaksin COVID-19.
Berkongsi pengalaman itu, Dr Azhan Che Daud memberitahu, beliau berasa gembira dan bangga selepas dipilih antara individu paling awal menerima suntikan vaksin itu selepas UK mengumumkan menjadi negara pertama membenarkan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech.
Katanya, perkara itu penting memandangkan beliau merupakan petugas barisan hadapan yang berdepan dengan risiko jangkitan virus itu.
"Pada Mac lalu, saya turut dijangkiti virus COVID-19 dan menjalani kuarantin selama 14 hari.
"Ketika itu, saya berasa sangat takut, namun, saya mendapat rawatan dengan baik dan Alhamdulilah saya pulih sepenuhnya selepas tempoh dua minggu," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Ditanya mengenai kesan sampingan selepas mendapat suntikan vaksin itu, Dr Azhan memberitahu, beliau tidak mengalami sebarang alahan teruk.
"Cuma di bahagian tempat suntikan saya berasa sakit, lenguh dan kemerah-merahan, namun ia bukanlah dalam jangka masa panjang.
"Alahan seperti pening dan muntah pula tidak dialami. Saya pernah menerima beberapa jenis vaksin lain, pada saya vaksin COVID-19 ini sama sahaja," jelasnya.
Namun, katanya, walaupun setelah mendapat suntikan tersebut, prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal dan pemakaian alat perlindungan diri (PPE) bagi petugas barisan hadapan masih perlu dijaga.
"Kita masih perlu amalkan SOP itu kerana berdasarkan kajian, hanya 95 peratus sahaja vaksin ini mampu beri perlindungan kepada diri kita, manakala 5 peratus lagi boleh menyebabkan penyebaran virus kepada orang lain.
"Jadi, dalam tempoh sekarang, amalan SOP itu masih diperlukan sehinggalah jangkitan virus ini berapa pada tahap kosong," katanya.
Topic Berkaitan
#SOP
#United Kingdom
#COVID-19
#Penerima Vaksin
#Dr Azhan Che Daud
#Pfizer dan BioNTech
#PPE
#penjarakan fizikal
#petugas barisan hadapan
#risiko
#vaksin
#Pfizer
#BioNTech
#suntikan
#alahan
#Doktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan