awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Elaun penuh untuk atlet, jurulatih Wilayah Persekutuan sepanjang PKP - Annuar

Firdaus Azil
Firdaus Azil
03/04/2020
07:58 MYT
COVID-19: Elaun penuh untuk atlet, jurulatih Wilayah Persekutuan sepanjang PKP - Annuar
Anggaran kos pembayaran elaun latihan kepada jurulatih dan atlet MSWP adalah sebanyak RM600 ribu bagi bulan Mac dan April 2020.
Kesemua atlet dan jurulatih yang bernaung di bawah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) akan terus diberi elaun penuh sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Tan Sri Annuar Musa.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, langkah berkenaan adalah tanda keprihatinan kementerian itu terhadap perkara berkaitan kebajikan atlet dan jurulatih di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
“Bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kegusaran seramai 700 orang atlet dan 103 orang jurulatih Wilayah Persekutuan di bawah MSWP.
“Diharapkan juga pembayaran elaun ini dapat mengekalkan motivasi jurulatih dan atlet untuk cemerlang di Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-20 di Johor kelak,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu.
Annuar berkata, anggaran kos pembayaran elaun latihan kepada jurulatih dan atlet ini adalah sebanyak RM600,000 bagi bulan Mac dan April 2020.
Galaxies in the Groth Strip
Anggaran kos pembayaran elaun untuk atlet dan jurulatih MSWP adalah RM600,000 untuk Mac dan April, 2020.
Dalam pada itu, beliau berkata, kementeriannya mengambil maklum bahawa atlet tidak dapat menjalani latihan secara intensif ekoran penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Oleh itu, beliau berkata, program latihan berterusan telah disediakan oleh jurulatih manakala pemantauan dilaksanakan menggunakan kaedah laporan secara video.
“Selain itu, bagi mengekalkan tahap kecergasan atlet sepanjang tempoh PKP ini, MSWP dan jurulatih telah menyediakan modul bersesuaian setiap hari melalui video untuk dilaksanakan oleh atlet di rumah.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Kuala Lumpur
#Labuan
#Majlis Sukan Wilayah Persekutuan
#Menteri Wilayah Persekutuan
#Putrajaya
#SUKMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan